Assalamualaikum
Tau tak madu kelulut ni banyak khasiatnya ?
Untuk wanita yang mementingkan kecantikan , madu kelulut amat berkesan untuk merawat penyakit kulit seperti jerawat , kemerahan kulit , kulit gatal-gatal , memudarkan parut jerawat serta mengurangkan kedutan dan garis halus di wajah . Sapu madu di wajah anda pada waktu malam sebelum tidur dan biarkan ia sehingga keesokan hari . Kesannya , jerawat akan cepat mengecut dan jerawat lain susah tumbuh di tempat yang sama . Bila masalah jerawat dah dapat diatasi , barulah parut jerawat yang hitam-hitam tu boleh dirawat dengan berkesan .
Madu kelulut ni dah terbukti lebih berkesan daripada madu lebah biasa . Selain untuk kecantikan , madu kelulut juga sangat bagus untuk kesihatan . Antaranya khasiatnya ialah
- Diabetes (mengawal paras gula dalam darah)
- Luka-luka luaran terutamanya luka yang lambat sembuh
- Lelah (boleh memudahkan pernafasan)
- Menguatkan jantung bagi mereka yang mempunyai masalah jantung
- Masalah haid tidak teratur
- Batuk dengan mencairkan kahak
- Demam
- Sakit mata
- Mencegah dan merawat kanser
- Merawat darah tinggi
- Mencegah ketumbuhan
- Merawat luka dalaman (sesuai untuk wanita lepas bersalin)
Untuk pengetahuan anda, rasa dan warna madu kelulut adalah tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis kelulut itu sendiri . Contohnya madu itama tidak sama dengan madu kelulut terminata , madu kelulut thorasica , madu kelulut bighami dan madu kelulut laeviceps .
![]() |
Warna madu berbeza mengikut jenis kelulut |
Walaubagaimanapun semua jenis madu kelulut mempunyai khasiat yang sangat tinggi kerana ianya semulajadi dan tiada tambahan air mahupun gula . Madu kelulut ini sendiri teksturnya tidak selikat madu yang anda beli di pasar raya atau kedai runcit dan sedikit cair. Perlu diketahui bahawa terdapat juga jenis madu kelulut yang rasanya sedikit masam berbanding dengan madu lebah . Madu yang dijual di kedai-kedai kebanyakannya sudah dicampur bahan lain sebab itu ianya menjadi likat . Pengambilan madu tidak asli yang dijual secara berleluasa di kedai-kedai ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti diabetes serta menjejaskan kesihatan termasuk peningkatan kandungan sukrosa serta merosakkan sel herpa (hati)
Bagaimana Cara Untuk Membezakan Madu Asli Dan Madu Tiruan ?
Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menentukan samaada madu yang anda beli adalah asli atau tiruan . Antaranya ialah
Cara Pengambilan Madu Kelulut
Satu atau dua sudu setiap pagi sebelum sarapan serta sebelum tidur .
Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menentukan samaada madu yang anda beli adalah asli atau tiruan . Antaranya ialah
- Titiskan sedikit madu di atas kertas putih . Lihat kesan pada sekeliling kertas . Madu asli tidak akan meresap masuk ke dalam kertas dan kita dengan mudah boleh mengambil semula madu yang dititiskan itu dengan tangan . Manakala madu tiruan pula akan nampak kesan seperti air meresap di keliling madu . Madu tiruan akan merebak dan meresap tanpa kekal bentuknya . Sekiranya kita cuba mengambil madu tiruan dengan tangan , kebiasaannya tidak boleh dan lekitan sedikit yang melekat di tangan kita .
- Ambil segelas kaca yang lutsinar , masukkan air kosong/air masak ke dalamnya . Madu asli akan terus turun ke dasar cawan manakala madu tiruan akan pecah-pecah sebelum sempat sampai ke dasar cawan .
- Cuba larutkan madu di dalam air sejuk (bukan air suhu bilik) . Madu asli akan melarut dengan mudah dan cepat manakala madu tiruan sukar melarut di dalam air sejuk dan akan bergumpal pada sudu . Madu tiruan hanya akan melarut dan bersatu di dalam air suam atau air pada suhu bilik sahaja .
Cara Pengambilan Madu Kelulut
Satu atau dua sudu setiap pagi sebelum sarapan serta sebelum tidur .
Kami menjual madu kelulut 100% ASLI yang diternak sendiri dan TIADA SEBARANG PENAMBAHAN BAHAN-BAHAN LAIN .
![]() | |||||
Proses pengambilan madu kelulut yang diternak sendiri |
Selain menjual madu kelulut , kami juga menjual rumah kelulut kepada mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan menternak kelulut atau untuk kegunaan sendiri
Harga madu kelulut yang kami jual ialah
- *RM 60 untuk 250ml
- *RM 100 untuk 450ml
*Harga tidak termasuk poslaju . Bagi kawasan sekitar seremban dan senawang , penghantaran adalah PERCUMA
Untuk pertanyaan mengenai cara pembayaran atau tempahan boleh sms/whatsapp/ hubungi saya Mohd Nor 014-9421045